Assalamualaikum!

Bulan Ramadan merupakan peluang keemasan bagi kita mempertimbangkan untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih mampan dan mesra alam.

Semasa bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam di seluruh dunia mengabdikan masa mereka untuk berpuasa, bermuhasabah dan mengamalkan disiplin diri sebagai cara untuk memperbaiki diri.

Aktiviti harian kita, cara kita berfikir, bagaimana kita menyantuni orang lain dan persekitaran di sekeliling kita, semuanya menjadi tajuk penilaian dan perubahan. Ini termasuk hubungan kita dengan alam sekitar, kesedaran ekologi kita dan cara kita menguruskan rumah kita bersama-sama.

Amalan dan kepercayaan agama Islam boleh menjadi sumber inspirasi untuk tindakan alam sekitar. Pengurusan, keseimbangan dan kebijaksanaan adalah tiga prinsip utama yang menguasai hubungan kita sebagai umat Islam dengan alam sekitar.

Berdasarkan semua ini, konsep Ramadan Mesra Alam yang mampan boleh menjadi kenyataan! Individu dan keluarga digalakkan untuk bertindak selaras dengan hubungan yang ada antara amalan rohaniah dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, dan memasukkan tabiat mesra alam dalam ibadah mereka sepanjang bulan Ramadan.

Kempen Ramadan Hijau kami bertujuan untuk menggalakkan cara hidup lestari sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya.

Kami menggalakkan individu dan komuniti untuk mengambil langkah-langkah seperti mengurangkan pembaziran makanan, mengekalkan air, dan menggunakan produk mesra alam. Kami juga ingin meningkatkan kesedaran tentang impak tindakan kita terhadap alam sekitar dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat perubahan.

Inisiatif seperti mengurangkan penggunaan tenaga, menggunakan alat makan yang boleh digunakan semula semasa berbuka puasa dan menjimatkan sumber-sumber penting seperti air yang boleh digunapakai di rumah, sekolah, dan juga masjid.

Jadikan Ramadan tahun ini sebagai pemacu untuk perjalanan hidup lebih lestari dan hijau untuk kita, komuniti kita, dan bumi! Marilah kita #BerubahUntukBumi.

Perubahan bermula dalam diri setiap seorang daripada kita dengan setiap tindakan kecil!

Panduan ke Arah Kesedaran Eko Ramadan