Apakah Kewangan Islam untuk Dunia?

Memandangkan krisis iklim terus memberi kesan kepada populasi terdedah dan kualiti kesihatan persekitaran kita, industri kewangan Islam dengan jumlah aset mencecah USD 4.5 trilion pada tahun 2023 mencetuskan harapan!

Kewangan Islam mampu menyokong tindakan iklim global dengan menyediakan penyelesaian kewangan beretika yang selaras dengan kelestarian.

Sektor ini boleh menyumbang dalam menutup jurang pembiayaan iklim dan mempromosikan masa depan yang lebih mampan dengan meningkatkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui.

Dengan menyelaraskan kewangan patuh Syariah dengan tindakan iklim, kita memenuhi peranan kita sebagai penjaga bumi disamping menjana pulangan beretika yang membantu membina masa depan yang kukuh untuk generasi akan datang.

Laporan ‘Kewangan Islam dan Tenaga Boleh Diperbaharui

Laporan “Kewangan Islam dan Tenaga Boleh Diperbaharui” merupakan usaha kolaboratif antara Greenpeace MENA melalui gabungan Ummah For Earth bersama Global Ethical Finance Initiative (GEFI).

Laporan ini meneliti secara mendalam hubungan signifikan antara kewangan Islam dan tenaga boleh diperbaharui, dengan menyediakan analisis komprehensif tentang bagaimana instrumen kewangan patuh Syariah dapat mendorong peralihan global ke arah tenaga mampan.

Ia juga berperanan sebagai seruan tindakan kepada semua pihak berkepentingan untuk mengiktiraf serta bertindak ke atas potensi besar diantara kewangan Islam dan tenaga boleh diperbaharui.

Laporan ini menggesa pihak paling berkepentingan untuk:

GP Islamic Finance and Renewable Energy–Translated

Sertai Perjuangan Ini