Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Logo gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU)

Berikutan dari sesi pendengaran awam pada akhir bulan September 2020 yang lepas, sebuah gabungan tindakan, diberi nama PHSKLU atau Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, telah dibentuk terdiri dari pelbagai individu dan kumpulan untuk menggembleng usaha masyarakat sivil bagi mempertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dari penyahwartaan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), yang telah di wartakan pada awal 1920 an telahpun mengecil sebanyak 97% dari saiz asal. HSKLU adalah hutan paya gambut yang mempunyai keunikan biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting untuk penduduk sekitar Banting dan Kuala Langat. Lebih penting, hutan ini juga adalah tanah adat bagi komuniti Temuan yang adatnya dan kehidupannya bergantung kepada hutan ini lebih dari 120 tahun. Kehilangan hutan ini bukan sahaja satu pelanggaran hak asasi manusia dari segi hak tanah, tetapi juga hak  untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat.

Fasa 2 bermula dengan penghantaran email dari rakyat kepada MB dan ahli-ahli EXCO Selangor supaya mereka menghentikan niat untuk menyahwartakan HSKLU dengan segera.

Kini setelah Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa ia telah membatalkan keputusan sulit untuk menyahwartakan HSKLU, kita menunggu pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Kongsikan isu ini di Facebook, Instagram, Twitter and Tik Tok.

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR MELULUSKAN USUL NO.26 PADA 11 NOVEMBER 2020

Usul tersebut yang berbunyi: “Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mempertahankan status warta hutan simpan di seluruh negeri agar kawasan-kawasan tadahan air dan hutan-hutan simpan di Negeri Selangor dikekalkan dan dipelihara dengan baik supaya sumber air di Negeri Selangor mencukupi dan tidak terjejas untuk masa akan datang.”

Usul No.26 telah sebulat suara disokong di Sidang Dewan Negeri Selangor. Ia diketengahkan oleh Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI (Kota Anggerik). Ia juga disokong oleh Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE (Subang Jaya), Y.B. TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF (Dusun Tua), Y.B. DATO’ MOHD IMRAN BIN TAMRIN (Sungai Panjang), Y.B. PUAN LIM YI WEI (Kg. Tunku), dan Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN (Bukit Gasing).

Kenyataan media 28 Januari 2021: SEGERA TARIK BALIK CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

https://youtu.be/HPMCW9bCp2c?t=4553

Minit dalam video diatas:
1:16:08 – N.40 Kota Anggerik – Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI
1:28:24 – N.31 Subang Jaya – Y.B PUAN MICHELLE NG MEI SZE
1:34:59 – N.23 Dusun Tua – Y.B. TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF
1:38:04 – N.03 Sungai Panjang – Y.B. DATO’ MOHD IMRAN BIN TAMRIN
1:41:24 – N.35 Kg. Tunku – Y.B. PUAN LIM YI WEI
1:43:06 – N.34 Bukit Gasing – Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN
1:44:25 – Respon Y.B. TUAN HEE LOY SIAN, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli.
1:48:19 – Tuan Speaker membuat kesimpulan dan mengambil undi secara lisan.




Kempen ini adalah oleh gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang dianggotai oleh:

  1. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)
  2. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
  3. Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia- KAMY)
  4. Five Arts Centre
  5. Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat
  6. EMPOWER Malaysia
  7. Greenpeace Malaysia
  8. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  9. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
  10. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  11. Global Environment Centre (GEC)
  12. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) Malaysia
  13. Malaysian Nature Society (MNS) Selangor Branch
  14. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  15. Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)
  16. MISI Solidariti


ARKIB:

Surat AKU JANJI yang dihantar kepada ADUN dan MP