
Umat kita luar biasa dan hebat. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia mempunyai perpaduan yang sangat kuat dan teguh. Kita perlu bersatu untuk menyelamatkan planet bumi.
Isu alam sekitar adalah jelas; longgokan sampah, hutan ditarah dibakar, pengangguran anak muda, rumah ditenggelami banjir, konflik yang tidak berkesudahan dan penjagaan kesihatan kita terjejas.
Ia menyayat hati. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya tahu kewajiban kita sebelum Allah menguji dan menimpakan sesuatu kepada kita.
Dari semua ciptaan Allah, umat manusialah yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk menjaga keseimbangan di muka bumi yang diciptakan Allah. Hanya kita yang mampu mengubah persekitaran secara drastik sama ada menjadi lebih buruk atau lebih baik.
Umat kita harus bersatu untuk bumi yang lebih baik. Bersama-sama kita melindungi alam sekitar yang paling terdedah untuk maju ke arah kebaikan.
Sertai #Ummah4Earth
Perubahan iklim dan ketidakseimbangan alam sekitar mengancam kehidupan di planet kita, semua manusia dan terutamanya komuniti yang paling terdedah di seluruh dunia. Ia adalah tanggungjawab kita sebagai manusia dan umat Islam untuk memelihara keseimbangan yang diberikan oleh Allah dan hidup selaras dengan alam sekitar yang mengelilingi kita. Ini berdasarkan kepercayaan bahawa kitalah yang bertanggungjawab ke atas bumi dan kehidupan yang terkandung di dalamnya sebagai khalifah dan penjaga.
Adakah anda ingin membantu menyebarkan gerakan ini? Kongsi melalui akaun media sosial anda dan sertai kami.
Tentang #Ummah4Earth
#Ummah4Earth adalah inisiatif gerakan, dengan tujuan memperkasakan umat Islam yang menghadapi krisis.
Kita telah melihat kesan buruk perubahan iklim dan wabak virus COVID-19, melumpuhkan sistem ekonomi dan sosial. Namun, kita juga telah melihat bagaimana masyarakat kita bersatu untuk mengatasi kesukaran ini.
Dengan semua cabaran yang kita hadapi di muka bumi ini, kita sedar betapa pentingnya saling membantu. Kita harus bergerak bersama dan memupuk perpaduan.
Ummah for Earth adalah sebuah gerakan yang bertujuan untuk menghadapi cabaran dunia. Bersama, kita bertindak berubah ke arah positif.
Gerakan itu terdiri daripada:
- Greenpeace MENA
- Greenpeace Southeast Asia (Malaysia & Indonesia)
- IFESS/EcoIslam
- Islamic Relief
-
Sudah tiba masanya untuk keadilan iklim!
Perubahan iklim memberi kesan mendalam kepada kita semua, namun ada yang lebih terkesan daripada yang lain. Tindakan penyesuaian dan pemulihan berdaya tahan iklim perlu adil dan sejagat, tetapi masih ada yang dikecualikan.
-
Perubahan Iklim Adalah Nyata: Apakah Peranan Kita Sebagai Ummah?
Sudah tiba masanya umat Islam diseru untuk mengkaji semula trend penggunaan yang sudah menjadi sebahagian dari gaya hidup kita.
-
Menghijaukan Ummah: Bagaimanakah Umat Islam Boleh Menerapkan Teknologi dalam Penyelesaian Isu Alam Sekitar?
Kini, perkembangan teknologi berlaku dengan pantas; ia sebagai suatu rahmat kepada planet kita. Teknologi komunikasi digital merevolusikan cara kita berhubung, mendidik dan turut mempengaruhi cara manusia bergerak di seluruh dunia, dan memberikan pelbagai kaedah dalam menangani isu alam sekitar.
-
Belia sebagai Perintis Kebangkitan Ummah
Kini, perkembangan teknologi berlaku dengan pantas; ia sebagai suatu rahmat kepada planet kita. Teknologi komunikasi digital merevolusikan cara kita berhubung, mendidik dan turut mempengaruhi cara manusia bergerak di seluruh dunia, dan memberikan pelbagai kaedah dalam menangani isu alam sekitar.
-
Wakaf Hijau: Pendekatan Mampan Terhadap Sifat Dermawan
Wakaf Hijau (Green Waqf) ialah konsep yang baru terbit dan kian popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia berdasarkan gabungan antara “hijau” yang merujuk alam sekitar dengan “wakaf”, iaitu istilah daripada kesusasteraan perundangan Islam.
Hubungi kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan, idea atau cadangan sila hubungi kami, kami dengan senang hati akan menerimanya. Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected].
Berita & Media
Jika anda ingin menulis tentang Ummah For Earth, hubungi kami di [email protected].
Penjenamaan dan Sokongan
Jika anda ingin sertai sebagai influencer untuk projek ini, hubungi kami di [email protected].
