Apa yang anda harapkan untuk masa depan Malaysia?

Adakah Malaysia yang mementingkan masa depan yang kukuh untuk kanak-kanak melalui fokus kepada kesihatan dan keselamatan, kestabilan ekonomi, dan pemeliharaan ekosistem kita yang sangat pelbagai sebahagian daripadanya?

Jika jawapan anda ya, masa untuk mengharap sahaja sudah tamat. Apa yang kita perlu sekarang adalah untuk merealisasikan harapan kita melalui undian dalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15).

Kita perlu #UndiIklim | #Vote4Climate

© Nandakumar S. Haridas / Greenpeace

Bagaimana nak mula?

Bahangian paling penting tentang mengundi adalah membuat keputusan termaklum tentang siapa yang kita akan undi dan di mana kepentingan mereka.

Anda tahu tak ahli politik mana yang peduli tentang perubahan iklim?

Tujuan projek ini adalah untuk memberi anda informasi yang lebih tentang jika ahli-ahli parlimen mengenali, mengambil berat, dan bercakap tentang melindungi rakyat Malaysia dari kesan perubahan iklim dan kemusnahan alam sekitar yang dasyat.

Kami ingin anda membuat keputusan termaklum tentang siapa yang memperjuangkan polisi-polisi yang pro-iklim dan juga mengambil langkah-langkah bermakna untuk mengimplementasikan mereka.

Lebih lagi, kami mahu meningkatkan ketelusan tentang kerajaan kita dan membantu rakyat Malaysia supaya mengetahui di mana undi mereka boleh membawa perubahan, terutamaya di PRU-15 ini.

Apa yang kami buat?

Sebagai sebahagian daripada jawatankuasa Gabungan Darurat Iklim Malaysia'(GDIMY), usaha kami untuk kempen #UndiIklim tertumpu kepada 2 bidang utama penyelidikan alam sekitar dalam ranah politik Malaysia:

Bagaimana anda boleh guna data ini?

Kalau anda sukakan data, terus saja ke set data penuh!

Kami menerbitkan data penemuan mentah dari Hansard parlimen. Anda boleh lihat sendiri barisan penuh soalan yang ditanya yang berkaitan dengan alam sekitar dan perubahan iklim.

Ada banyak soalan tapi tak nampak jawapan yang anda cari?

Hubungi kami & beritahu soalan anda. Dan ikut kami di ruang sosial media untuk sentiasa terkemas kini tantang penemuan baharu semasa kami menyelidiki data dengan lebih mendalam.

YANG PALING PENTING:
#UNDIIKLIM pada PRU-15! #VOTE4CLIMATE

Semak dimana anda akan mengundi dan bagaimana untuk mengundi


Bagaimana kami laksanakan ini? (Metodologi kami)

  1. Kami memilih senarai 91 kata kunci dalam bahasa Melayu (dan 80 kata kunci yang sepadan dalam bahasa Inggeris) yang dikaitkan dengan topik alam sekitar yang berkaitan dengan perubahan iklim, cuaca ekstrem, pencemaran, sisa, kemusnahan ekosistem, bahan api fosil, penebangan hutan, perubahan guna tanah, air dan isu alam sekitar yang lain. Lihat senarai penuh kata kunci kami di sini.
  2. Soalan Parlimen: Kami menyemak data daripada semua transkrip soalan parlimen persekutuan (dokumen Hansard) antara 2018 – Okt 2022 untuk mengenal pasti soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen di parlimen berkaitan topik alam sekitar (berdasarkan senarai kata kunci kami).
  3. Liputan Awam / Media: Kami mencari liputan media semua Ahli Parlimen persekutuan untuk mengenal pasti kenyataan awam, komitmen, tindakan yang dilaporkan dan kedudukan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan alam sekitar.
  4. Dengan menyemak silang dan menggabungkan penemuan kami, kami telah membangunkan pangkalan data yang komprehensif untuk menyerlahkan sama ada dan bagaimana Ahli Parlimen persekutuan Malaysia bercakap tentang alam sekitar.

Penafian

Kajian ini menyemak transkrip parlimen (soalan Hansard yang ditanya oleh Ahli Parlimen persekutuan) untuk Kata Kunci Alam Sekitar dari 2018-2022. Perlu diingat bahawa menyebut kata kunci alam sekitar sahaja tidak semestinya menunjukkan pendirian pro-alam sekitar.

Analisis kami yang lebih mendalam ialah kerja yang sedang dijalankan, tertumpu pada mengkaji secara khusus mengapa dan bagaimana Ahli Parlimen bercakap tentang alam sekitar. Kami mungkin mengemas kini dengan penemuan data baharu dan cara menapis & berkongsi data.

(Ada idea tentang cara kami boleh menganalisis data dengan lebih lanjut? Beritahu kami!)


Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY)

GDIMY dengan kerjasama in partnership with Gabungan Bertindak Malaysia dan CSO Platform for Reform akan mengadakan #UndIklim – Pilihan Raya Umum Darurat Iklim (CEGE15), menemu bual seramai mungkin calon untuk PRU15.

Objektif temu duga adalah untuk menonjolkan pendirian calon mengenai Iklim dan Manifesto Rakyat, yang akan disiarkan ke laman web yang dibuat oleh GBM yang dipanggil Profil MP.

Maklumat yang dikongsi di Profil MP akan memberi maklumat kepada pengundi untuk menilai calon yang bertanding di kawasan mereka supaya mereka boleh mengundi berdasarkan maklumat yang diberikan oleh calon dan data yang dikumpul dan dikongsi tentang mereka. Kami berhasrat untuk menemuduga semua calon.