Pilihan raya kecil di Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada hari Sabtu 17 Ogos, dan kenyataan oleh parti politik untuk memberitahu pengundi apa yang mereka akan lalukan jika menang, akan mula muncul dalam berita tak lama lagi.

Sementara rakyat Malaysia berjuang untuk meneruskan kehidupan, menghadapi bencana iklim adalah perkara terakhir yang kita perlukan.

Isu seperti inilah yang perlu ditangani oleh wakil rakyat yang dipilih di Kelantan – mengutamakan penyelesaian untuk perubahan cuaca, kehilangan alam semula jadi, dan menyelamatkan apa yang tinggal dari alam sekitar sebagai langkah untuk melindungi rakyat.

Banyak yang dipertaruhkan tahun ini, dan terutamanya sekarang lebih dari sebelum ini, kita memerlukan wakil rakyat dalam kerajaan untuk melaksanakan dan mengutamakan keperluan rakyat serta bumi kita.

Pertama sekali, mari kita perbaiki janji-janji yang ditawarkan oleh calon-calon pilihan raya kecil yang akan datang. Kita tidak memerlukan janji palsu dari wakil yang kita beri kepercayaan kepada, yang akhirnya mereka membiarkan kita dengan perasaan harapkan pagar, pagar makan padi.

Tetapi jika kita tidak meminta, kita tidak akan mendapat. Kita mahu semua parti politik merasakan tekanan untuk meningkatkan usaha mereka dalam isu alam semulajadi dan perubahan cuaca.

4 perkara yang perlu anda perhatikan dalam janji pilihan raya parti

Perkara berikut lebih khusus untuk Kelantan, tetapi berkenaan dengan apa yang harus kita minta dari wakil politik kita di seluruh Malaysia.

Perubahan Iklim

Perubahan cuaca melampau dan tidak dijangka, yang menyebabkan banjir & kemarau

Corak cuaca yang berubah dengan cepat, yang bukan hanya mengenai gelombang haba berbanding peningkatan hujan.

Ia adalah isu yang mempunyai kesan domino yang meningkatkan banjir, tanah runtuh, serta kemarau yang sudah memberi impak kepada keselamatan makanan dan air sebagai mangkuk nasi rakyat Kelantan apabila hasil dari sawah padi merosot.

Banjir di Kelantan merupakan salah satu kebimbangan utama yang dibangkitkan pada tahun 2023 dengan 27 sebutan di parlimen.

Walaupun demikian, salah satu punca masalah ini, iaitu pembalakan haram melalui penebangan hutan secara cuci mangkuk, hanya disebut sekali dalam rujukan kepada Kelantan di parlimen tahun lepas.
• 1 sebutan mengenai pembalakan haram
• 1 sebutan mengenai tanah runtuh
• 1 sebutan mengenai tadbir urus alam sekitar
• 2 sebutan mengenai pemuliharaan sungai
• 2 sebutan mengenai krisis air
• 4 sebutan mengenai bekalan air
• 5 sebutan mengenai perubahan iklim

Projek Pembangunan

Utamakan rakyat berbanding keuntungan

Hutan yang kira-kira sebesar 250,000 padang bola sepak FIFA telah musnah antara tahun 2002 dan 2023 di Kelantan sahaja. Menurut Global Forest Watch, Kelantan kehilangan 179 ribu hektar hutan primer lembap antara tahun 2002 dan 2023.

Anda mungkin bertanya apa gunanya statistik ini? Tetapi soalan yang juga patut ditanya adalah, berapa banyak yang telah anda kehilangan kerana kemusnahan hutan yang ditunjukkan oleh statistik ini.

Adakah jumlah penebangan hutan ini atas nama kemajuan, sama ada untuk pertanian, perlombongan, atau pembangunan lain, memberi manfaat kepada anda sebagai rakyat Kelantan, atau masuk ke poket beberapa syarikat?

Ringkasnya, wakil rakyat perlu mula mengutamakan rakyat berbanding keuntungan. Untuk melakukannya, rakyat memerlukan alat yang berkesan seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) untuk melindungi kesan pembangunan terhadap kehidupan mereka.

Ini adalah jumlah sebutan berkaitan dengan Kelantan mengenai alat dan undang-undang tersebut di parlimen pada tahun 2023.
• 1 sebutan mengenai EIA
• 1 sebutan mengenai EQA

Pencerobohan Tanah

Menafikan hak Orang Asli ke atas tanah nenek moyang mereka dan meningkatkan konflik antara manusia dan hidupan liar

Pernahkah melihat gajah berkeliaran di alam liar? Bagaimana pula dengan harimau, meninggalkan tempat tinggal mereka yang musnah, untuk berjalan di tepi jalan raya? Terdapat masalah besar dengan pencerobohan tanah di Kelantan, dan ia berkaitan dengan penebangan hutan yang memberi kesan kepada ramai orang dengan cara yang teruk, tetapi sangat berbeza.

Pembersihan tanah yang agresif dan tidak terkawal memusnahkan habitat semula jadi dan tempat tinggal banyak kehidupan termasuk Orang Asli, haiwan liar dan penduduk yang tinggal di tanah yang dahulunya hutan.

Ia menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap hak Orang Asli, mengusir mereka dari tanah dan rumah nenek moyang mereka.

Pada masa yang sama, ia memperburuk konflik antara manusia dan hidupan liar seperti gajah dan harimau yang telah ditolak lebih dekat ke penempatan manusia, membawa kepada pertembungan yang berbahaya.

Berikut adalah beberapa statistik mengenai apa yang dikatakan mengenai Kelantan di parlimen pada tahun 2023.
• 1 sebutan mengenai pencerobohan
• 1 sebutan mengenai hak Orang Asli
• 1 sebutan mengenai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Kami rasa isu-isu ini patut kerap dibincangkan! Anda bagaimana?

Kelestarian Tenaga

Sumber tenaga tidak mampan dan bil tenaga rumah yang mahal

Kebergantungan kita kepada sumber tenaga yang tidak mampan bukan sahaja menjejaskan bil tenaga kita, tetapi juga kehidupan harian kita. Pengeluaran tenaga yang mencemarkan dan penggunaan sumber seperti minyak, gas asli dan arang batu (semua bentuk bahan api fosil) berkait rapat dengan pencemaran udara, perubahan iklim dan pencemaran air. Begitu juga dengan empangan hidroelektrik yang dikenali ramai sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui yang mampan, tetapi sering terlibat dalam penebangan hutan yang meluas dan mengganggu kitaran air, menyebabkan peningkatan banjir dan tanah runtuh.

Apa yang kita benar-benar perlukan adalah peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih hijau seperti solar. Dan kita tidak seharusnya memasangnya sendiri – ia harus menjadi pendekatan dari atas ke bawah yang dipimpin oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan tempatan.

Sebagai pengeluar utama panel solar, Malaysia mempunyai sumbernya! Namun, berikut cuma ada beberapa sahaja sebutan mengenai tenaga di Kelantan di parlimen pada tahun 2023. Jelas sekali menunjukkan peralihan kepada solar bukanlah keutamaan mereka.
1 sebutan mengenai peralihan tenaga
1 sebutan mengenai Dasar Tenaga Negara
1 sebutan mengenai sumber tenaga solar
1 sebutan mengenai hidroelektrik
3 sebutan mengenai empangan


A by-election in Nenggiri, Kelantan is happening on Saturday 17 August, and statements telling voters what political parties do if they win will, soon start pouring out in the news.

With people in Malaysia struggling to get by, facing life-wrecking climate disasters is the last thing we need.

And it’s precisely what Kelantan elected reps will need to address – namely solutions to climate change, nature loss and saving what we have left of the environment to protect citizens.

There’s a lot on the line this year and now more than ever, we need peoples’ representatives in government to deliver by putting the needs of people and our planet first.

First things first, let’s improve the promises on offer from nominees in the next ballot paper. We don’t need false promises from trusted representatives that end in a feeling of harapkan pagar, pagar makan padi.

But if we don’t ask, we don’t get. We want all parties to feel under pressure to up their game on climate and nature.

4 things to look for in parties’ election promises

These are more Kelantan specific, but apply to what we should be asking of our political representatives.

Climate Change

Extreme & unexpected weather changes, that result in floods & droughts

Rapidly changing weather patterns aren’t just a case of heatwaves vs increasing rainfall. It’s an issue that has a domino effect that increases floods, landslides, as well as droughts that are already impacting food and water security as Kelantan’s literal rice bowl as crops from paddy fields decline.

Flooding in Kelantan was one of the main concerns raised in 2023 with 27 mentions in parliament.

Despite this, one of the sources of these issues, namely illegal logging through the clear cutting of forests, was only mentioned once in reference to Kelantan at parliament last year.

• 1 mention of illegal logging
• 1 mention of landslide
• 1 mention of environmental governance
• 2 mentions of river conservation
• 2 mentions of water crisis
• 4 mentions of water supply
• 5 mentions of climate change

Developmental Projects

Prioritise people over profit

About 250,000 FIFA football fields worth of forests were lost between 2002 and 2023 in Kelantan alone. According to Global Forest Watch Kelantan lost 179 kha of humid primary forest between 2002 and 2023.

You may ask what’s the point of these statistics? But the question should also be, how much have you lost because of the loss of forests these statistics point out.

Did this amount of deforestation in the name of progress, whether for farming, mining, or other developments, benefit you as Kelantan citizens or go into the pockets of some unnamed corporation?

In short, reps need to start prioritising people over profits. To do that, the people need effective tools such as Environmental Impact Assessments (EIA) and laws such as Environmental Quality Act (EQA) to safeguard the impact developments have on their lives.

These were the number of mentions relating to Kelantan on such tools and laws at parliament in 2023.
• 1 mention of EIA
• 1 mention of EQA

Land Encroachment

Depriving the rights of Orang Asli to their ancestral land and increasing human-wildlife conflict

Ever see roaming elephants in the wild? How about tigers, leaving what was once their homes, to walk on roadsides? There’s a big problem with the land encroachment in Kelantan, and it has to do with deforestation that affects many people in severe, but very different ways.

Aggressively, uncontrolled land clearing destroys the natural habitats and homes of many living beings from Orang Asli, wild animals and people living on lands that were once forests.

It poses an ever increasing threat to the rights of Orang Asli, displacing them from their ancestral lands and homes.

While at the same time worsening human-wildlife conflicts as wildlife such as elephants and tigers, have been pushed closer to settlements, leading to dangerous encounters.

Here are some stats on what was said on Kelantan at parliament in 2023.
• 1 mention of encroachment
• 1 mention of indigenous people rights
• 1 mention of the Department of Orang Asli Development (JAKOA)

We think these issues should be talked about more! What about you?

Energy Security

Unsustainable energy sources and costly household energy bills

Our reliance on unsustainable energy sources is costing us, not only in our energy bills, but also our daily lives. Polluting energy production and consumption of sources such as oil, natural gas and coal (all forms of fossil fuels), are directly related to air pollution, climate change and water pollution. Equally so are for example hydroelectric dams, claiming to be sustainable sources of renewable energy, but are in fact often involved in widespread deforestation and disrupts the water cycle, leading to increased flooding and landslides.

What we really need is a move to greener renewable energy sources like solar. And we shouldn’t be the ones to install them – it should be a top down approach led by our Federal and local governments alike.

As Malaysia is a major producer of solar panels, we have the resources! And yet, here are some of the mentions relating to energy in Kelantan at parliament in 2023. It’s obvious that a move to solar is the lowest in priorities.
• 1 mention of energy transition
• 1 mention of the National Energy Policy
• 1 mention solar energy sources
• 1 mention of hydroelectricity
• 3 mentions of dam